Friday, February 10, 2012

NEWS OF THE DAY ~486 Ribu Rakyat Filipina Melancong Ke Malaysia

BORNEO POST

Posted on February 2, 2012, Thursday

KOTA KINABALU: Seramai 486 ribu rakyat Filipina telah melancong ke negara ini pada tahun lalu.

Eduardo (dua dari kiri) serta rombongan merakamkan kenangan bersama Juhar (dua dari kanan).

Duta Republik Filipina, J. Eduardo Malaya berkata kebanyakan mereka tertumpu di ibu negara dan pulau-pulau peranginan termasuk di negeri Sabah.

“Antara aktiviti mereka ialah membeli belah, kasino dan berbulan madu di negara ini,” katanya.

Menurut Eduardo, berbanding 80 ribu rakyat Malaysia melancong ke republik berkenaan, beliau amat berpuas hati dengan hubungan ekonomi antara kedua buah negara berjiran itu.

“Kita gembira melihat hubungan baik ini bukan sahaja dalam industri pelancongan, malah industri pelaburan.

“Antara syarikat Malaysia yang melabur di sini ialah Shangri La, Maybank dan CIMB Bank,” katanya selepas melakukan kunjungan hormat kepada Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin, di Istana Negeri, pagi kelmarin.

Eduardo berkata, jumlah keseluruhan pelaburan Malaysia bagi lima tahun kebelakangan ini ialah USD203 juta manakala pelaburan Filipina secara keseluruhannya berjumlah USD610 juta hasil kerjasama salah sebuah syarikat di Filipina dengan Esso Malaysia.

No comments:

Post a Comment