Wednesday, February 15, 2012

UMRAH PACKAGE

13HARI 12 MALAM

alt
ITINERARY alt


UMRAH 13 HARI 12 MALAM

alt
HARI 01 : KUALA LUMPUR / JEDAH / MADINAH Peserta berkumpul 3 jam sebelum berlepas dari KLIA menuju ke Jedah dengan pesawat Eagle Express pada jam 5:00 petang. Dijangka tiba di Jedah jam 9:00 malam. Selepas urusan imigresen dan ambilan bagasi, bertolak ke Madinah. Setiba di Madinah, daftar masuk ke hotel.
HARI 02 : MADINAH 
Ziarah Makam Nabi Muhammad S.A.W. dan perkuburan Baqi'.Peserta beribadat sendirian atau dengan bimbingan petugas.
HARI 03 : MADINAH
Peserta dibawa melawat ke beberapa tempat bersejarah di sekitar Madinah seperti Masjid Quba', Masjid Qiblatain, Lapangan Perang Uhud melalui Masjid Tujuh, percetakan Al Quran (sekira mendapat kebenaran) dan berakhir di Pasar Kurma/ Kebun Kurma.

alt
HARI 04 : MADINAH / MEKAH
 Berlepas ke Mekah dan berniat Umrah di Miqat Bir Ali. Setelah tiba di Mekah jemaah rehat seketika. Kemudian peserta dibimbing untuk menyempurnakan Umrah 1.
HARI 05 : MEKAH
 Acara bebas di Mekah atau beribadah dengan bimbingan petugas. Solat Jumaat di Masjidil Haram.
HARI 06 : MEKAH Peserta dibawa ziarah ke sekitar lokasi mengerjakan ibadat Haji iaitu ke Padang Arafah, Muzdalifah dan Mina sebelum dibawa ke Miqat Jaaranah untuk berniat Umrah 2. Dalam perjalanan peserta dibawa melalui bukit Thur dan Jabal Nur yang sangat bersejarah.
HARI 07 : MEKAH 
Acara bebas di Mekah atau beribadah dengan bimbingan petugas.

HARI 08 : MEKAH
 Peserta dibawa ziarah ke tempat menyulam Kelambu Kaabah (Kiswah) atau Muzium Mekah (tertakluk kepada kebenaran pihak berkuasa) sebelum ke kandang unta. Seterusnya peserta ke Miqat Hudaibiyah untuk berniat Umrah 3.
HARI 09-11 : MEKAH

 Acara bebas di Mekah atau beribadah dengan bimbingan petugas.
HARI 12 : MEKAH / JEDAH

 Selepas Tawaf Wida' peserta dihantar ke Lapangan Terbang Jeddah untuk penerbangan pulang ke Malaysia dengan penerbangan Eagle Express yang akan bertolak pada jam 11:00 malam.
HARI 13 : KUALA LUMPUR 

Tiba di KLIA pada 1:00 tengahari dengan kenangan manis di Tanah Suci.

For More Details, Please Contact Our Representative :-
PN. NOORIAH
H/P : 6016 832 1203
OFFICE : 6088 486168
EMAIL  : noor@sabahholidays.com

1 comment:

  1. Sorry to say i can't understand what you want to say but the pictures shows that you are talking about Hajj and Umrah i would like to say if you want it again get cheap umrah packages from any part of the world which can help you to visit many holy places in Makkah and Madina.

    ReplyDelete